Saturday 29 June 2013

Promotion Mir

 ASSALAMMUALAIKUM....HAI.. saja nak promote segmen kawan..siapa rasa nak join...boleh la...join ni ya... :) Hadiah menarik menanti anda..hihihi




Nak join???? layari laman web dibawah ini k :) Selamat berjaya

http://www.miratulreyyah.my/2013/04/makan-makan-giveaway-by-miratul-reyyah.html

pertandingan





Mari Sertai :)

Special Giveaway by Mya Farisha bermula !
Bermula 29 Jun hingga 21 Julai 2013.
special giveaway by Mya Farisha
Klik banner untuk sertai.

Thursday 27 June 2013

UPU RESULT

Wow.. tak sabar nya nak tunggu keputusan UPU... harap semua dapat Universiti yang diharapkan AMIN..... .. Good Luck all... :)

Menanti 12 JULY 2013 :)


Jadilah Muslimah yang baik :)


Assalammualaikum,, Hai semua.. cantik tak pic kat atas ni?? ha... cute kan bila bertudung labuh...
sangat manis bila seorang wanita muslimah memakai tudung labuh dan menutup kesemua auratnya seperti diatas.. :) walaubagaimana pun, semua ini mestilah disertakan dengan niat yang ikhlas kerana ALLAH S.W.T .. kerana disetiap perbuatan itu mesti ada niat yang ikhlas  bukan kerana terpaksa @ ingin berbangga2 ...
Saya bukan lah ingin mengatakan bahawa kesemua muslimah yang mengenakan tudung labuh hanya ingin bergaya ... Tidak sama sekali kerana adik beradik serta kawan2 saya sendiri mengenakan tudung labuh & mereka sangat cantik dimata saya... Syukur alhamdulillah sekiranya anda terbuka hati untuk memakai tudung labuh... janganlah mengenakan nya kerana TREND @ apa... itu tak baik tau.. k la.... salam dakwah semua :)

Tuesday 25 June 2013

JereBu :(


Assalammualaikum,,,,
 hai semua . Nampak tak gambar di atas ni??? haaa.. topik hari ini adalah berkaitan dengan jerebu yang melanda di negara kita ni. Daripada gambar di atas pun kita da boleh nampak betapa teruknya jerebu ni... ia bukan sahaja menyusahkan masyarakat dari segi kehidupan harian malahan ia juga memberi impak negatif kepada masyarakat seperti terkena penyakit sesak nafas,serangan jantung,gatal2 pada kulit, gatal2 pada mata, gatal2 pada tekak dan banyak lagi.

Apa itu jerebu ? ha..... Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran

partikel di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.  Ia disebabkan oleh campuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

Nak tahu lagi apakah bahan pencemaran udara yang bertanggung jawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu ?


sini saya kongsi sedikit... jerebu mengandungi  Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter,  Ozon ,  Gas Karbon monoksida,  Gas Nitrogen dioksida dan  Sulfur dioksida.

Kalau anda semua rajin menonton tv @ mendengar radio serta mana2 media.. mereka akan menyatakan IPU2 di beberapa tempat yang mengalami jerebu.... haa...
kalau : 0 hingga 50 adalah  Baik


            : 51 - 100 > Sederhana
            : 101 - 200 > Tidak sihat
                                    Kumpulan berisiko mungkin terjejas
            : 201 - 300 > Sangat tidak sihat
                                     Orang ramai terjejas
            Lebih daripada 300

Oleh yang demikian.... sekiranya tempat anda mengalami masalah jerebu.. apa yang anda perlu buat ialah :


Indeks Pencemaran Udara

Langkah-langkah Mengatasi

101-150(lebih 24 jam)

Keadaan tidak sihatLebih 72 jam

·        Kurangkan aktiviti menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti menyembur dan mengecat.
·        Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor
·        Penggunaan bahan bakar yang 'bersih'(kandungan belerang rendah atau bahan bakar gas)

151-200(lebih 72 jam)Keadaan masih tidak sihat

·        Menasihati orang awam menjauhi tempat ber jerebu.
·        Pengharaman pembakaran secara terbuka
·        Pengurangan guna bahan bakar cecair sebanyak 30% dan kawalan lebih ketat kepada industri.

201-250(lebih 48 jam)Keadaan lebih tidak sihat251-300(lebih 48 jam)Keadaan amat tidak sihat,Amaran

·        Penggunaan kenderaan seperti bas dan lori di gantung.
·        Mengurangkan waktu sekolah dan masa bekerja.
·        Pesakit mengidapi penyakit pernafasan diarah meninggalkan kawasan yang terlibat.

301-400(lebih 24 jam)Merbahaya,Kecemasan

·        Sekolah ditutup
·        Hari kerja selang hari
·        Pengharaman kenderaan persendirian

Melebihi 400Amat merbahaya,Darurat

·        Isytihar keadaan darurat
·        Pemindahan ke tempat lebih selamat.



sayangi la bumi anda :) daa....



Monday 24 June 2013

GooD LucK ExaM :)


Assalammualaikum w.b.t .

 hai semua... sory la.. malam ni saya tak de mood nak update apa2..
Fikiran tengah kosong ni ... cuma saya nak nasihat kan sedikit kat sesiapa saja yang bakal menduduki peperiksaan tak kira lah peperiksaan apa.. korang kenalah belajar rajin tau.. jangan lah asyik nak main game je @ pun asyik nak goyang kaki jer... jtak fikir ke parent anda kat rumah yang bersusah payah cari duit untuk sekolah kan kamu?? ha.......... jangan nak sia2 kan usaha mereka tau.... tak berkat pelajaran tu.. and satu lagi... jangan nak derhaka kat orang tua... nanti berdosa plak.. k lah akhir kata dari saya.... selamat menduduki peperiksaan anda... GOOD LUCK :) Love you all :)


Sunday 23 June 2013

pEngalaMan TemUDuGA mEdsi

Assalammualaikum w.b.t , 
hai semua... hari ini saya nak cerita sedikit pengalaman saya menjalani ujian ..
temuduga medsi... anda semua tahu tak apa itu medsi?? Haaa...  mari saya cerita sedikit apa itu Medsi.. Medsi atau dkenali sebagai Malaysian Educators Selection Inventory merupakan satu langkah permilihan untuk memilih guru yang lebih sesuai dan profesional dalam mendidik anak2 bangsa zaman sekarang...

Berbalik kepada cerita saya semula..Pada suatu malam, saya telah menerima satu sms yang meminta saya melayari internet laman web Medsi tetapi pada malam itu saya tiada mood nak buka laptop jadi saya pun membuat keputusan untuk melayari internet pada keesokan hari nya,,

Setelah pagi menjelang tiba , saya pun macam biasalah. tolong adik2 bersiap nak pergi sekolah lepas tu saya tolong plak ibu saya mengemas rumah. Setelah selesai kesemuanya, saya pun meneruskan niat untuk melayari internet.. Setelah saya membuka laman web Medsi.. Terpapar di hadapan laman web tersebut 
" Keputusan yang layak menduduki ujian medsi " mcm bgitulah lau saya tak silap..heehhehe.. saya amat bersyukur saya telah berjaya terpilih untuk pergi menduduki ujian medsi itu.. walaupun tempat nya di UMS Kota Kinabalu Sabah, memang la agak jauh juga dari kediaman saya.. tapi atas dorongan ibubapa saya dan keluarga saya... saya menaiki bas pada 11/5/2013 jam 10 a.m dan sampai di Kota kinabalu pada pada jam 3 p.m .. mmg teruslah pengalaman dibas tu..heheh 

haa.. saya tak keseorangan tau pi Kk ... saya ditemani oleh 2 orang lelaki... opsss. jangan fikir lain dulu yar...   lelaki yang pertama ialah yang paling saya sayang iaitu my own father.. & yang kedua ialah kawan saya.. and kami memang kawan ( tak la juga rapat ) nama nya  capital J... hehhee

k la.. nak direct to the point, time nak mula ujian bertulis lah katakan.. berabis la kami bawa peralatan.. yang lucunya ni, yang capital J ni... berabis bawa barang2.. hahahahha... padahal sekali kami masuk.. guna komputer jak pun... langsung tak de guna pensil..hehehehhe

setelah berakirnya ujian tu kami terus balik ke sandakan semula pada petang tu juga kerana ayah kejar masa untuk siapkan kerja. Kasian ayah kena susah payah teman kan kami.. tu la pengorbanan seorang ayah..

Beberapa hari kemudian (lupa tarikh ) .. saya telah layak untuk menduduki temuduga medsi.. ini lah pertama kali saya menduduki temuduga yang formal gini.. apa lagi saya gemuruh la.. tapi pkcik saya telah  bagi saya semangat.. opss lupa nak gtau.. kali ini. saya bersendirian pi kk sebab ayah sibuk n kwn saya capital J plak tak terpilih... nak tahu apa jak ditanya?? disuruh perkenalkan diri dlm bi &  dalam bm tapi yang saya terdiam apabila dia suru saya perkenalkan diri dalam bahasa bangsa saya(bajau ) .. da lah saya ini tak berapa pandai cakap bajau... huuuu... terpaksa la saya ngaku..hahahaha( malu yang amat) .. kemudian dia tanya saya kenapa pilih akaun?? napa tak pilih Pendidikan islam? saya pun mula lah ngarut2.. & then itu jak dia tanya.. punya la saya banyak2 menghafal.. nama2 perdana menteri la.. itu laa.. ini la... itu jak di tanya??? hahahaha

k la... nak tahu result kputusan saya??? sama ada saya diterima @ tak?? haaaa. nnty kan lah post saya seterusnya... :) insyaallah.. saya pasti dapat apa yang saya harapkan... amin...

p/s : belajarlah bahasa bangsa anda masing2 ( for emergency ) ... hehehehhehehehe


Saturday 22 June 2013

KasIH sAYanG ADik BErADIk

Assalammualaikum w.b.t ... hai semua, malam ni saya nak cerita sedikit tentang hubungan adik beradik..
Mungkin tak semua daripada anda semua ni ada adik beradik...mungkin ada yang merupakan anak tunggal,..
Mesti ada yang happy bila jadi anak tunggal.. sebab dia kan satu2 nya anak papa & mama dia.. mesti lah dimanjakan sangat ,... tapi bagi yang bersedih sebab tak ada adik beradik... tak pe :) mungkin ada hikmah disebaliknya.. ok? :)
k la, Adik beradik kita merupakan orang yang terpenting bagi kita selepas ayah & ibu kita kerana mereka lah ahli keluarga kita yang akan banyak membantu kita serta banyak memberi dorongan kepada kita untuk berjaya... 
Siapa kata mempunyai adik beradik ni tak best????  memanglah kadang kala kita akan bertengkar dengan adik beradik kita tapi pasti takkan  lama kan??? ada yang tak sampai seminit pun da berbaik semula... tetapi mungkin ada juga yang akan berpanjangan ... erm... susah.. susah...
Tapi adik walau sejahat mana pun adik beradik kita,, mereka tetap keluarga kita... mereka juga manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.. tidak salah kan sekiranya kita memaafkan sahaja mereka ? :) 
Disamping dapat kebaikan,.. hubungan sekeluarga juga takkan putus...
Jadi :) saya nak nasihatkan kepada pembaca2 sekalian.. :) sayangilah keluarga anda.... jangan kerana pergaduhan , keluarga pun musnah...ok? daaaaa....





Friday 21 June 2013

cinta... mesti smua orang kenal apa itu cinta.. tapi mungkin tidak semua pernah bercinta .. betul tak??
kata orang cinta itu indah , tapi hakikatnya ia sakit bila di sia2 kan..

Disini saya bukan nak kata anda tidak boleh bercita, setiap orang ada pendapat masing2..betul tak? :)
disini saya nak memberi sedikit pendapat tentang apa makna nya cinta yang sebenar,,,
sebenarnya,, cinta pada manusia tak kan pernah kekal selagi dia belum jadi milik kita sepenuhnya..
Sedalam mana pun kasih sayang kita, selama mana pun kita bertahan.. jika orang itu bukan jodoh kita.. takkan kekal...

Cuba anda perhatian sekeliling anda, banyak ka pasangan yang bertahun2 bercinta dan akhirnya bersama???
mungkin ada... tapi kebanyakkan nya gantung di tengah jalan.. maka timbullah perasaan kecewa, sedih, marah dan akhirnya dendam... saya mengatakan yang sedemikian kerana saya sendri pernah alami nya...ia sangat perit & sakit untuk di alami dan diingati.. 

Kadang saya berasa cembru pada orang yang belum pernah bercinta kerana mereka tak perlu pikir pasal pasangan mereka, tak perlu nak rasa sakit hati @ cemburu... adang saya merasakan malang nya diri ini... tapi saya silap.. mungkin dia bukan jodoh saya.. pasti ada yang lebih baik diciptakan untuk menjadi pembimbing saya.. dan menjadi tempat saya berlindung dan merasa bahagia...

Bak kata orang, cinta itu buta... Iya..memang buta.. kerana setelah bercinta..semua dilupakan , kawan. keluarga.. sampai ada yang sanggup kahwin lari... @ bunuh diri kerana kecewa

Pembaca sekali.. :) berfikirlah dulu sebelum membuat sebarang keputusan.. Sayangi la keluarga anda & rakan2 anda yang telah banyak membantu anda... janganlah kerana cinta persahabatan terputus, tali persaudaraan juga terputus..

Ramai yang kata, cinta pertama itu sukar untuk dilupakan... tapi percaya lah, jika dia memang jodoh kamu, berpisah seberapa lama pun... In Syaa Allah.. Kamu pasti akan bersama... :)




My LiFe In KmL!

Assalammualaikum w.b.t Hai semua... ini merupakan post kedua saya .. erm.. hari ini nak story sal apa yar? . . . haaaaaaa,, saya nak story pasal kehidupan saya di KmL la... mesti pembaca tertanya2 kan apa tu KmL???? mungkin ada juga yang da tahu KmL TU apa... takpe2.. sini saya story sikit ya.. KmL tu merupakan nama kolej.. iaitu Kolej Matrikulasi Labuan... ia terletak di W.P Labuan.. syukur alhamdulillah.. saya telah berjaya menyambung pelajaran saya ke Kolej ini selepas tamat SPM . 

walaupun keputusan saya tak la dikatakan cemerlang... tapi saya amat bersyukur kerana terpilih untuk memasuki Kolej itu..Kolej ini dibawah kerajaan tau.. sebab setiap bulan kami terima elaun sebanyak RM250.. mungkin bagi adik-adik yang baru pertama kali pegang duit sendiri akan berasa happy sebab menyangka jumlah tersebut banyak dan selalunya adik-adik yang terlalu happy ini la yang biasa menggunakan duit tersebut untuk bersuka ria, beli handphone, dan bnyak lagi... tapi untuk pengetahuan adik-adik sekalian... wang sebegitu banyak tidak akan dapat menampung kos harian adik-adik di kolej itu kecuali adik-adik pandai berjimat cermat..walau apa pun , saya tetap bersyukur kerana mendapat bantuan kerajaan untuk menampung kehidupan saya disana.. ok2... bebalik pada story saya sebelum ni...pada ketika itu saya masih berasa sedih sebab berjauhan dengan family la dikatakan.. mna tak sedih .. betul tak??? yang menghantar saya sampai ke asrama asalah ibubapa saya an kawan ayah saya.. adik beradik saya semua tinggal kat kampung sebab nak jimat bajet..kami naik feri tau pergi labuan .. 

sebenarnya saya tak lah kurang selesa sangat berada kat labuan kerana saya dibesarkan kat labuan jadi kira biasa da la dengan tempat2 kat situ... seterusnya nak story sal hari pertama kat KmL tu.. saya dapat 4 orang roomate yang baik sangat.. walaupun dorang kadang2 suka buli saya tapi buli dorang tu tak la teruk sangat sampai nak jadi kes dera ka apa..buli kawan2 jer...:) nama dorang ain,candace & staphne.. ain orang lahad datu tau... manakala 2 orang lagi tu plak orang sarawak...

.tapi kan perkenalan saya dengan staphne tak lama.. sebab dia telah berpindah ke UNIMAS...sad la juga... tapi tak pe..demi perjuangan berlajar... jadi tinggal la kami 3 orang sajer kat bilik DT327.. Haaaa... yang tadi tu sal roomate saya .. sekarang nak cer plak sal classmate saya... 13+14 berapa??? itu la bilangan kami dalam kelas A1T3 + A1T4.. sebenarnya kami ada 2 kumpulan iaitu A1 & A2...sebab kami terlalu ramai... klo nak story semua ..esok2 pun tak habis ,, so saya story sikit jak la yar..selain dari classmate saya.. banyak juga kenalan saya dapat.. tak kira bangsa dan agama.. kalau nak kwn saya.. saya terima jak... huuuu..panjang betul da la post saya ni.. 
k la.. sebelum saya tamatkan story saya kat sini... sya nak story sal someone sikit...he is kind,clever & cute.. dia banyak bagi semangat kat saya.. walaupun dia tak seromantik mana seperti setiap wanita ingin kan tapi bagi saya.. dia banyak memberi motivasi pada diri saya...dan semangat supaya saya tak putus asa dalam mncapai kejayaan...:) k la... nnty saya update story lagi ya...daaaaa......

Thursday 20 June 2013

About Me :)



Assalammualaikum W.B.T ....

Hai semua,nama saya Siti Nuraini binti Midin. Ini merupakan pertama kali bagi saya untu menceburi diri dalam laman sosial ini. Selama ini saya hanya dengar2 cerita dari kawan sahaja pasal BLOGGER ini. Lama kelamaan timbul pula minat saya untuk mencubanya. OPss.... hehehe panjang pula cerita saya. :) 
Mari saya perkenalkan diri saya dahulu...


Nama diberi Siti nuraini binti midin. Saya anak ke3 daripada 6 orang adik beradik. Kakak saya yang pertama bernama Siti Norshimah . Dia sekarang belajar kat Maktab perguruan kuching, sarawak. Sekarang dia da berusia 21 tahun. Dia mengambil bahagian Pra sekolah kat maktab tu. Seterusnya, perkenalkan my second sister... Siti Norshilah,dia ni 20 tahun. She is a very sweet sister. Kakak saya yang ke2 ni lembut orangnya.. tak macam saya.ehehe.. Dia sekarang belajar tingkatan 6 atas kat SMK Sandakan 2.. Nak tau napa dia baru tingkatan 6 atas?? panjang story nya.. :) hehe... next is me.. nama da tahu. umur? try teka...tit..tit..tit... ok time up.. saya ni 19 tahun . erm....sekarang ni saya baru lepas habis dari matrikulasi labuan.. Da kekuar result???? hehhee.. semestinya sudah.. tapi let keep its as a secret k.. :) 

huuuu.. sekarang nak kenalkan pula adik saya yang tingkatan 3. Dia ni tak la lembut and tak la kasar sangat. Kiranya dia ni sederhana la di katakan.. Dia suka melukis tau.. cantik lau dia lukis.. and dia paling suka lukis Kartun Shinichi Kudo...kenal tak?? :) Dia study kat SMK Sandakan 2 juga with my 2nd sister.. Next plak ialah adik saya yang paling ayu.. Siti Nurhidayah.. dia ni comel tau. dia juga suka melukis.. and suka kartun HELLO KITTY.. Favourite colour dia nak tahu apa?? mesti la pink...hehehhe. dia baru darjah 3 and belajar kat SK Sungai Anib 3..The last of all.. ialah satu-satunya HERO kami .....Noriman.... dia ni da la lasak.. and nakal sangat.. tapi walaupun dia nakal... dia tetap adik saya yang paling cute and dia suka sangat manja dengan saya.. Dia juga belajar kat SK Sungai Anib 3.. dalam darjah 2.

Da Habis?????????

BELUM LAGI,,,

Ada 2 orang lagi saya belum perkenalan.... Mereka ini sangat penting bagi saya.. Di dunia & Akhirat.. tanpa mereka saya takkan berada di dunia ini.. dan tanpa mereka juga la saya takkan wujud untuk buat blog ini..hehehhee.. betul la kan?? k la.. perkenalkan ayah saya,/.. namanya Midin bin tahir...he is a policeman.. beliau telah banyak mengajar saya erti kasih sayang yang patut dirasa oleh seorang anak.. walaupun ayah saya ni garang tapi.. dia garang pun demi kami.. dia taknak anak2 nya tidak berdisiplin.. walaupun ayah jarang benarkan saya keluar rumah, tapi memang ada kala nya saya merajuk tapi.. lama kelamaan saya berfikir.. ada betul nya juga saya tak dibenarkan keluar.. i love my father.. yang seterusnya pula ialah ibu kesayangan saya... nama nya laminah binti abdul sani. beliau sangat penyayang dengan kami semua. beliau tak pernah penat menjaga kami.. membesarkan kami sampai kami berjaya sekarang. walaupun beliau bangun awal pagi untul menyiapkan kami kesekolah tapi beliau tak pernah mengeluh malah beliau gembira kerna teah menjaga kami.. i love my mother... 


YANG PENTING I LOVE MY FAMILY!!!!!!


k..daa......

Wardatul Muslimah