Tuesday, 25 June 2013

JereBu :(


Assalammualaikum,,,,
 hai semua . Nampak tak gambar di atas ni??? haaa.. topik hari ini adalah berkaitan dengan jerebu yang melanda di negara kita ni. Daripada gambar di atas pun kita da boleh nampak betapa teruknya jerebu ni... ia bukan sahaja menyusahkan masyarakat dari segi kehidupan harian malahan ia juga memberi impak negatif kepada masyarakat seperti terkena penyakit sesak nafas,serangan jantung,gatal2 pada kulit, gatal2 pada mata, gatal2 pada tekak dan banyak lagi.

Apa itu jerebu ? ha..... Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran

partikel di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.  Ia disebabkan oleh campuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

Nak tahu lagi apakah bahan pencemaran udara yang bertanggung jawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu ?


sini saya kongsi sedikit... jerebu mengandungi  Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter,  Ozon ,  Gas Karbon monoksida,  Gas Nitrogen dioksida dan  Sulfur dioksida.

Kalau anda semua rajin menonton tv @ mendengar radio serta mana2 media.. mereka akan menyatakan IPU2 di beberapa tempat yang mengalami jerebu.... haa...
kalau : 0 hingga 50 adalah  Baik


            : 51 - 100 > Sederhana
            : 101 - 200 > Tidak sihat
                                    Kumpulan berisiko mungkin terjejas
            : 201 - 300 > Sangat tidak sihat
                                     Orang ramai terjejas
            Lebih daripada 300

Oleh yang demikian.... sekiranya tempat anda mengalami masalah jerebu.. apa yang anda perlu buat ialah :


Indeks Pencemaran Udara

Langkah-langkah Mengatasi

101-150(lebih 24 jam)

Keadaan tidak sihatLebih 72 jam

·        Kurangkan aktiviti menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti menyembur dan mengecat.
·        Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor
·        Penggunaan bahan bakar yang 'bersih'(kandungan belerang rendah atau bahan bakar gas)

151-200(lebih 72 jam)Keadaan masih tidak sihat

·        Menasihati orang awam menjauhi tempat ber jerebu.
·        Pengharaman pembakaran secara terbuka
·        Pengurangan guna bahan bakar cecair sebanyak 30% dan kawalan lebih ketat kepada industri.

201-250(lebih 48 jam)Keadaan lebih tidak sihat251-300(lebih 48 jam)Keadaan amat tidak sihat,Amaran

·        Penggunaan kenderaan seperti bas dan lori di gantung.
·        Mengurangkan waktu sekolah dan masa bekerja.
·        Pesakit mengidapi penyakit pernafasan diarah meninggalkan kawasan yang terlibat.

301-400(lebih 24 jam)Merbahaya,Kecemasan

·        Sekolah ditutup
·        Hari kerja selang hari
·        Pengharaman kenderaan persendirian

Melebihi 400Amat merbahaya,Darurat

·        Isytihar keadaan darurat
·        Pemindahan ke tempat lebih selamat.



sayangi la bumi anda :) daa....



No comments:

Post a Comment